HambaNya
ENTRY ABOUT LINKIES STUFF
DISINI KISAHKU BERMULA....
Saturday, March 30, 2013 @ 11:02 PM | 0 Comment [s]

Di SERATA aku mula bersungguh-sungguh demi mencapai impian umi dan abah. Dari tingkatan 2 aku mula berdoa agar aku dapat naik ke pentas untuk mengambil anugerah dari pengetua dan umi abah di bawah pentas melihatku sambil menangis kegembiraan. Itu yang aku doakan jadi aku perlu iringi dengan usaha, dimana bagiku usaha yang aku berikan itu adalah yang paling maksimum. Sehinggakan aku dikenali dalam batch aku walaupun aku bukanlah antara pelajar yang menonjol di sekolah. Aku teruskan usaha sehingga PMR menjelang tiba. Aku seperti tidak ada 'life' disana. Aku tidaklah terlalu pandai, tetapi aku yakin Allah akan bagi apa yang aku usahakan.
KEPUTUSAN PMR DIUMUMKAN:
Aku seperti sudah dapat mengagak keputusanku kerana sebelum keputusan keluar aku bermimpi keputusanku. Ya, seperti yang dijangkankan, aku masih belum dapat memuaskan hati umi dan abah. Aku mendapat 6A 3B. Perasaan sedih. Terlalu sedih. Sehingga tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Aku bukan sedih kerana aku, tetapi aku masih tidak dapat naik ke pentas buat umi dan abah. Aku seperti tidak dapat menerima keputusan dariNYA.
2011:
Aku meneruskan lagi perjalan hidupku di SERATA. Aku memulakan hidupku yang baru disana tanpa mengenangkan apa yang berlaku. Aku menjadi diriku. Kembali aktif dengan bola baling dan debat serta pidato. Aku bukan seperti yang dulu, yang hanya terperap dengan buku-buku yang boleh membunuh kehidupanku jika terlalu asyik dengannya. Tetapi, aku tak pernah berhenti berdoa seperti di tingkatan 2. Dan doa itu tetap sama walaupun peredaran masa berlaku. Pada tahun ini juga, aku mula mengenal cintaNYA yang sebenar-benar cinta. Aku disurau keseorangan ketika itu, hatiku menjadi sebak secara tiba-tiba. Aku mengapai surat cinta dariNYA bagi menghilangkan sebak dihati. Hatiku bertambah sebak apabila aku mengamati makna ayat cintaNYA dan akhirnya mengalir juga mutiara jernih dari mataku.
"Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu mengenaiKU maka sesungguhnya Aku sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa...." surah Al-Baqarah 186
2012:
Aku tetap meneruskan perjalanku menimba pengalaman dan ilmu bak air yang tak pernah berhenti mengalir sebagai sumber utama manusia sepertiku. Aku sentiasa dahagakan ilmu serta tarbiyyah disana. Aku tetap aktif tetapi tetap meletakkan pelajaran sebagai keutamaanku. Aku tak pernah berhenti berdoa agar aku dapat naik ke pentas sebelum pergi meninggalkan sekolah. Aku yakin! Allah tak pernah mengecewakan aku setiap kali aku berdoa kepadaNYA. Walaupun adakalanya aku terlupa dan asyik dengan pemberianNYA.
Setelah peperiksaan SPM aku lalui, aku menyerahkan segala keputusan padaNYA.
2013:
Kpeutusan dikeluarkan, dan sekali lagi aku kecewa tetapi kekecewaan kali ini tidak seperti kekecewaan dahulu kerana aku sedang belajar erti menerima. Aku tahu aku mengecewakan umi dan abah, walaupun mereka tak pernah mengharapkannya dariku. Tetapi, ibu bapa mana yang tak mengharapkan keputusan yang cemerlang anaknya. Aku pasrah.... Hatiku kuat berbisik agar menerima segalanya dan mungkin Allah mahu memberikan aku naik pentas di Universiti nanti. Aku kembali tersenyum.
Sementara menunggu keputusan UPU, aku menjadi sukarela di Maahad Al-Ummah bersama sahabat baikku, nasuha. Nasuha mendapat keputusan yang cemerlang dan layak untuk menerima anugerah pada hari anugerah nanti. Aku berjanji pada nasuha yang aku akan menemaninya pada hari tersebut walaupun aku bukanlah penerima anugerah. Seminggu sebelum hari anugerah berlangsung, aku menerima panggilan dari abah. Abah menyuruh aku hubungi cikgu shuaimi. Aku jadi kelam seketika kerana aku risau kalau ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku. Aku terus hubungi cikgu shuhaimi dan cikgu minta aku hadir ke sekolah pada hari anugerah dan meminta aku menceritakan latar belakangku serta keluarga dengan kadar segera. Aku sudah dapat mengagak bahawa aku adalah salah seorang dari penerima anugerah khas. Tetapi aku tidak pasti samada aku merupakan calon atau penerima sebenar. Aku fikir aku tak layak terima anugerah atau salah satu tokoh yang ada disekolah.
HARI ANUGERAH:
Hari yang cukup bermakna buatku. Cukup.cukup bermakna. Aku mengharapkan umi dan abah dapat melihatku naik ke pentas tercapai. Sampai sahaja aku disekolah, junior-juniorku semua mengucapkan tahniah kepadaku. Aku masih terpinga-pinga. Hatiku berkata, "besar sangatkah anugerah yang bakalku terima hari ini?". Perasaanku bercampur baur seperti bubur cacar. Akhirnya, persoalan demi persoalan terjawab semasa aku berserta sahabatku yang turut menerima anugerah khas yang lain dipanggil untuk ke bilik sebelah dewan. Ustazah Rozaidah memberi sedikit taklimat dan memberitahu anugerah yang bakal kami terima. Tokoh Mithali, Ko-kurikulum, Akademik, Khas Ketua Umum telah diberitahu dan diterima oleh sahabat seperjuanganku. Kini yang tinggal hanya tokoh SERATA. Dan hanya namaku sahaja yang belum disebut. Aku menafikan bahawa aku lah penerima anugerah tersebut kerana, ia terlalu besar untuk orang sepertiku. Akhirnya ustazah memanggil namaku, "Anis Auni, tahniah kerana anda penerima anugerah tokoh SERATA. Aku terpinga-pinga sebentar. Aku tidak tahu perasaan apakah yang aku rasakan ketika itu. Lidahku tidak henti mengucapkan tahmid. TERIMA KASIH YA ALLAH....
Baruku terfikir, bahawa Allah tidak mengabulkan permintaan aku yang sebelum ini bukan lah kerana terlupa, atau ingin menghukum akan tetapi DIA ingin memberi yang lebih hebat dari permintaanku.
Air mataku sekali lagi menitis dikhalayak ramai. Aku diiringi oleh umi dan abah beserta pemain kompang. Aku diraikan seperti seorang yang hebat dimata tetamu. Tetapi, aku tetap lemah dihadapanNYA.

Thanks Allah :)


Labels:



| Newer Post
Caliph :)


Anis Auni Anwar
Centre Foundation Studies, IIUM
Kuala Kangsar, Perak